Tuesday, May 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Laman blog ini dikhaskan kepada guru-guru dan calon-calon @ pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM. Bahan-bahan yang ditempatkan dalam laman ini sesuai digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta latihan kendiri. Selamat belajar.
Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan kerja berpasukan dan cara-cara pemimpin membentuk kerja berpasukan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Begitu banyak peribahasa Melayu yang mengingatkan kita tentang betapa pentingnya amalan bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu kerja. Antaranya termasuklah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dan bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Konsep bekerjasama inilah yang menjadi asas kepentingan kerja berpasukan dalam organisasi yang bermula pada awal abad ke-18, selepas berlakunya revolusi perusahaan dan berkembang sehingga sekarang. Sebelum revolusi perusahaan, pengurusan dan pentadbiran organisasi dilakukan oleh pekerja yang mendapat arahan daripada ketua mereka. Mereka tidak berpeluang untuk memberikan pendapat atau berbincang tentang kerja yang hendak dilaksanakan. Sebaliknya, pekerja diarah seperti robot yang dikawal.
Lauza (1985) telah mendefinisikan kerja berpasukan sebagai kumpulan yang terdiri daripada beberapa individu yang bekerja secara bersama-sama dan kejayaan seseorang pekerjanbergantung pada kejayaan kumpulan. Pemimpin atau pengurus yang berjaya membentuk dan mengemudikan kerja berpasukan dengan berkesan akan dapat melahirkan organisasi atau institusi yang produktif dan cemerlang. Antara kebaikan kerja berpasukan ialah kerja atau tugas yang dipertanggungjawabkan akan menjadi lebih mudah dan berkesan, di samping dapat mewujudkan suasana persekitaran kerja yang harmonis dan menyeronokkan. Kerja berpasukan juga menyebabkan terbentuknya komunikasi berkesan antara ahli kumpulan. Apabila sesuatu tugas dan tanggungjawab diamanahkan kepada sesebuah kumpulan, maka ahlinya akan memulakan perbincangan sama ada secara formal atau tidak formal. Langkah ini merupakan asas komunikasi yang berkesan dalam kumpulan. Semasa perbincangan akan muncul lontaran idea di samping terdapat pro dan kontra tentang sesuatu isu. Langkah ini akan menghasilkan satu keputusan yang dipersetujui secara kolektif tentang cara untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Keputusan kolektif ini juga akan menjadi pemangkin kepada ahli kumpulan untuk memberikan komitmen mereka terhadap tugas dan tanggungjawab yang akan dilaksanakan .
Antara prinsip kerja berpasukan ialah komunikasi yang kerap, berkesan dan berterusan. Secara tidak langsung, hal ini akan mewujudkan hubungan yang baik dan akrab dalam kalangan ahli. Kekerapan berinteraksi sesama ahli akan memberikan peluang kepada mereka untuk saling mengenali, mengetahui dan memahami kelebihan dan kekurangan masing-masing. Akhirnya akan tercetuslah perasaan hormat-menghormati dan bekerjasama sesama mereka. Apabila terdapat rakan yang tidak dapat meyertai kumpulannya kerana masalah tertentu, tugas yang ditetapkan masih dapat dilaksanakan oleh ahli kumpulan yang lain. Kerjasama dalam kumpulan kerja juga dapat mendorong ahli mencapai visi dan misi yang pasti akan membantu kecemerlangan organisasi tersebut..
No comments:
Post a Comment